"Di Dalam Sebuah Cinta Terdapat Bahasa Yang Indah Mengalun Jiwa, Pandangan Matanya Menghancurkan Jiwa Dengan Segenap Cinta Aku Bersamanya"

Sabtu, 29 Januari 2011

cinta

jangan kerana cinta kita gugur,

jangan kerana cinta prinsip akan menjadi larut dan cair,

cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan,

kesetiaan akan mengikat cinta

kecurangan akan meranapkan cinta

sebuah perkahwinaan akan menjadi indah jika cinta dibajai dan disuburkan melalui kaedah-kaedah yang direstui, diberkati, dan dirahmati allah.

kalbu ku

kalbu ku...

kamar hatiku sekian lama

suram dan sepi kekosonagan

aku mencari insan sejati

untuk menemani hidupku

adam dan hawa diciptakanNya

disemai rasa kasih sayang

dan kedamaian di hati

ku harap hanya keikhlasan

dan ku rindu keramahan

aku inginkan kemesraan

berkekalan berpanjangan

mengasihimu dikasihi

menyangimu disayangi

merindui dan dirindui

saling mengerti di hati

biar hilang kabus di wajah

biar tenang resah di dadaku

terimalah serta kabulkan harapan ini TUHAN

kulafazkan kata penuh makna

bersaksikan TUHAN yang maha pemurah

hidup mati jodoh pertemuan

perkenankan hasrat di hati

moga impiankan dirahmati

di pertemukan arjuna

susah dan senang sama diharungi

demi cintayang hakiki.