"Di Dalam Sebuah Cinta Terdapat Bahasa Yang Indah Mengalun Jiwa, Pandangan Matanya Menghancurkan Jiwa Dengan Segenap Cinta Aku Bersamanya"

Isnin, 13 Ogos 2012

~CiNTa~

Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan. 

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. 

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap. 

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w. 

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji. 

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam. 

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w. 

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya. 

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa seperti pembunuhan kejam terhadap Allahyarham Norzi Ayu Md Nor baru-baru ini serta beberapa contoh yang lain.

~ReNuNgAN~

di bualn yg mulia nie.. iaitu di bulan ramadan nie kite sering terdengar dgn mlm lailatul qadar iatu 10 mlm terakhir kite puasa.. selalu nye time2 mcm nie lah para keluarga sibuk mnguruskan rumah.. ada yg buat kuih raya, jahit baju raya, kemas rumah...pasng langsing baru lah.. itu lah ini lah.. semua lupa terhadap mlm yg bgitu indah sekali... yg besamaan satu mlm sama dgn seribu bln...
diterangkan dlm sebuah hadis, antara tanda-tanda malam lailatul qadar ialah...

  1. udara pada malam itu amat nyaman, tidak panas dan tidak terlalu sejuk
  2. terbit matahari pada pagi esok harinya dalam keadaan putih bersih, bagaikan bulan purnama, sinarnya lebut dan tidak terik
  3. tidak terasa kepanasan pada siang harinya, walau matahiri sangat cerah dan terang benderang
so mari lah kite ramai2 mencuba utk mendapatkan mlm lailatul qadar nie..yg sgt penuh dgn hikmah2nya...dan meprbykkan doa utk memperolhnya....



Sabtu, 10 Mac 2012

~HaTi~



TENTANG HATI...
Banyak orang bercakap tentang permasalahan cinta tapi tidak sesuai dengan yang sebenarnya. Atau tidak menjelaskan batasan-batasan dan maknanya secara syar’i. Dan seakan-akan yang membahas masalah ini mempunyai pemahaman yang salah bahawa ianya berkaitan dengan akhlaq yang rendah dan perzinaan, satu perkataan yang keji. Dan dikaitkan pula dengan zina hati. Hal ini adalah salah.
Cinta dan rindu adalah sesuatu yang berkaitan dengan manusia yang memotivasi mereka untuk menjaga dan mendorong kehormatan dan kemuliaannya. Aku memandang pembicaraan ini yang terpenting adalah batasannya, penyimpangannya, kebaikannya dan keburukannya. Cinta dan rindu adalah dua kalimat yang ada dalam hati setiap manusia, dan mereka memberi makna tentang kedua-dua hal ini sesuai dengan apa yang mereka rasai.
CINTA (AL-HUBB)
Cinta, iaitu Al-Widaad yakni kecenderungan hati pada yang dicintai. Itu termasuklah amalan hati, bukan amalan anggota badan atau zahir. Pernikahan contohnya, tidak akan bahagia dan berfaedah kecuali jika adanya cinta dan kasih sayang yang lahir dalam hati-hati pasangan suami isteri. Dan kunci kepada tumbuhnya kecintaan adalah melalui pandangan. Oleh disebabkan itulah, Rasulullah SAW menganjurkan pada orang yang meminang untuk melihat pada yang dipinang agar sampai pada kata sepakat dan cinta.
Sungguh telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Nasa’i dari Mughirah bin Su’bah r.a berkata: “Aku telah meminang seorang wanita.” Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadaku: “Apakah kamu telah melihatnya?” Aku berkata: “Belum.” Maka beliau bersabda: “Maka lihatlah dia, kerana sesungguhnya hal itu pada akhirnya akan lebih menambah kecocokan dan kasih sayang antara kalian berdua.”
Kebanyakan orang, lebih-lebih pemuda dan pemudi, mereka takut untuk menghadapi cinta kerana tanggapan bahawa cinta yang tumbuh di dalam hati itu adalah dosa dan mereka mengira diri mereka sedang bermaksiat, berzina hati, bahkan salah seorang di antara mereka memandang, bila hatinya condong pada seseorang bererti dia telah berbuat dosa.
Kenyataannya, bahwa di sini banyak sekali kerancuan-kerancuan dalam pemahaman mereka tentang cinta dan apa-apa yang tumbuh dari cinta itu, di mana mereka beranggapan bahawa cinta itu suatu maksiat, kerana sesungguhnya dia memahami cinta itu dari apa-apa yang dilihatnya dari lelaki-lelaki rosak dan perempuan-perempuan rosak di kalangan mereka, yang mana mereka-meraka itu menegakkan hubungan yang tidak disyariatkan oleh Allah SWT. Mereka saling duduk, bermalam, bergurau mesra, saling menari, dan minum-minum, bahkan sampai mereka berzina di bawah semboyan cinta. Banyak orang mengira bahawa cinta tidak ada lain kecuali yang demikian itu. Padahal sebenarnya tidak begitu, justeru sebaliknya.
Sesungguhnya kecenderungan seorang lelaki pada wanita dan kecenderungan wanita pada lelaki itu merupakan syahwat daripada syahwat-syahwat yang telah Allah SWT hiaskan pada manusia dalam masalah cinta. Ertinya Allah SWT menjadikan di dalam syahwat apa-apa yang menyebabkan hati lelaki itu cenderung pada wanita, sebagaimana firman Allah SWT:
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak…” – Aali-’Imran: 14.
Allah SWT-lah yang menghiasi bagi manusia cinta pada syahwat ini, maka manusia mencintainya dengan cinta yang besar, dan sungguh telah tersebut dalam hadis bahawa Nabi SAW bersabda:
Diberi rasa cinta padaku dari dunia kalian: wanita dan wangi-wangian dan dijadikan penyejuk mataku dalam solat.” – HR Ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi.
Andaikan tidak ada rasa cinta lelaki pada wanita atau sebaliknya, maka tidak adalah pernikahan, tidak adalah keturunan dan tidak adalah keluarga.
Namun begitu, Allah SWT tidaklah menjadikan lelaki cinta pada wanita atau sebaliknya supaya menumbuhkan di antara keduanya hubungan yang diharamkan, tetapi untuk menegakkan hukum-hukum yang disyari’atkan iaitu pernikahan seperti dalam hadis Ibnu Majah, dari Abdullah bin Abbas r.a berkata: telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidak terlihat dua orang yang saling mencintai, seperti pernikahan.”
Dan agar orang-orang Islam menjauhi jalan-jalan yang rosak atau keji, maka Allah SWT telah menyuruh yang pertama sekali agar menundukkan pandangan, kerana ‘pandangan’ itu kunci kepada hati, dan Allah SWT telah haramkan semua sebab-sebab yang membawa pada fitnah, dan kekejian, seperti berduaan dengan orang yang bukan mahramnya, bersalaman, berciuman antara lelaki dan wanita, kerana perkara-perkara ini dapat menyebabkan condongnya hati. Maka bila hati telah condong, dia akan sulit sekali menahan jiwa setelah itu, kecuali yang dirahmati Allah SWT.
Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menyeksa manusia dalam kecenderungan hatinya. Akan tetapi manusia akan diseksa dengan sebab jika kecenderungan itu diikuti dengan amalan-amalan yang diharamkan. Contohnya: apabila lelaki dan wanita saling memandang tanpa batasan atau berduaan-duaan, lalu cenderunglah hati kedua-duanya, sesungguhnya kecenderungan hati ini tidak akan menyebabkan kedua-duanya diseksanya, kerana hal itu berkaitan dengan hati, sedang manusia tidak bisa menguasai hatinya, akan tetapi, kedua-duanya diazab kerana apa yang mereka lakukan, iaitu memandang tanpa batasan dan berdua-duaan. Dan kedua-duanya akan dimintai pertanggungjawaban, dan akan diseksa juga dari setiap perkara haram yang mereka perbuat setelah itu seperti berciuman, bermesraan dan berzina.
Adapun cinta yang tulus ikhlas dan murni, yang dijaga kehormatannya, maka tidak ada dosa padanya, bahkan telah disebutkan oleh sebahagian ulama seperti Imam Suyuthi, bahawa orang yang mencintai seseorang, lalu menjaga kehormatan dirinya dan dia menyembunyikan cintanya maka dia diberi pahala, sebagaimana akan dijelaskan dalam bab ‘Rindu’ di bawah.
Menjaga kehormatan diri itu sungguh sangat sukar. Yang paling selamat adalah menjauhi semua sebab yang menjerumuskan hati dalam persekutuan cinta.
Daripada kedua-dua golongan ini (yang mencintai serta menjaga kehormatan dan yang mengelak daripada cinta), sungguh sangat sedikit mereka yang selamat.
RINDU (AL-’ISYQ)
Rindu itu ialah cinta yang berlebihan. Ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kehinaan. Maka rindu tersebut bukanlah hal yang tercela dan keji secara mutlak. Boleh jadi, orang yang rindu itu, rindunya disertai dengan menjaga diri dan kesucian, dan kadang-kadang ada rindu yang disertai kerendahan dan kehinaan.
Sebagaimana telah disebutkan tentang cinta, maka rindu juga seperti itu, termasuk amalan hati, yang manusia tidak mampu menguasainya. Tapi manusia akan dihisab atas sebab-sebab yang diharamkan dan atas hasil-hasilnya yang haram.
Adapun rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang-orang, maka padanya pahala, bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi’ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahwa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram.
Makna ucapan Suyuthi adalah orang-orang yang memendam kerinduan baik lelaki mahupun perempuan, dengan tetap menjaga kehormatan dan menyembunyikan kerinduannya sebab dia tidak mampu untuk mendapatkan apa yang dirindukannya dan bersabar atasnya sampai mati kerana kerinduan tersebut, maka dia mendapatkan pahala syahid di akhirat. Hal ini tidak aneh jika fahami kesabaran orang ini dalam kerinduan bukan dalam kefajiran yang mengikuti syahwat dan dia bukan orang yang rendah yang melecehkan kehormatan manusia bahkan dia adalah seorang yang sabar, menjaga diri meskipun dalam hatinya ada kekuatan dan ada keterkaitan dengan yang dirindui, dia tahan kekerasan jiwanya, dia ikat anggota badannya sebab ini di bawah kekuasaannya. Adapun tentang hatinya dia tidak bisa menguasai, maka dia bersabar atasnya dengan sikap afaf (menjaga diri) dan menyembunyikan kerinduannya sehingga dengan itu dia mendapat pahala.
Wallahu a’lam.

Selasa, 21 Februari 2012

~SaYu Di HaTi~

sayu di hatiku hari nie.. aq mmg nak sgt balik umh aq.. tp entah lah ada mslah fmily aq jd serba slh nak balik.. hati kecik ku nak sgt2 balik.. aq rindukan umh.. rindu kan suasana di sana.. tp entah bila aq dpt balik nie... sedih hati aq.. ada org kate aq nie xnk balik umh.. tp aq sbnarnyee nak sgt2 balik.. bial lah dpt pun aq x th.. sbb aq nak lah nyeshkan org dah cukup lah seorg nie nyusahakn org lain n selalu myakiti hati org lain jgk... aq xkn mcm 2.. aq nak hidup aq...
lg satu aq  nak balik sbb aq nak bterus terang dkt fmily aq.. tp adakah fmily aq dpt terima.. ape yg aq nak smpaikan dkt dieorg aq takut ditolak lah.. sbb aq th diri aq nie siape.. harap2 lah mereka berfikiran terbuka.. tp msti aq kena ttg habis2an kan.. aduh pening kepal aq memikirkan nyee.. mcm mn aq nk mulakan dulu pun aq x th lah.. aq buka nye gatal ke ape ke tp aq rasa nie yg terbaik utk ku.. tp aq takut fmily aq x dpt terima nye.. mcm mn yek..?? pening2 bila fikir benda nie.. die sndiri kate dkt aq klu dpt lampu hijau dr aq.. die x akn teragak2 nak bw fmily die dtg umh aq... kira nye kami terus membuat pertalian.. tp adakah fmily aq akn terima.. sbb aq th aq masih stdy lg.. tp aq rasa nie yg terbaik utk aq..
Ya Allah aq mohon pd mu lembutkan lah hati kedua2 ibu bapa ku.. agar dpt di terima olh fmily ku.. aq terima ape jua rintangan dr mu Ya Allah.. tabah kan lah hati aq utk aq teruskan hubungan nie...
sbb aq dpt rasakn yg diri nya ikhlas dgn aq... aq perlu pertolonag dr mu Ya Allah.. aq b'harap sgt dpt lembutkan hati kedua ibu bapa ku 2...

Sabtu, 18 Februari 2012

cinta aq dan die

salam... adakah cinta akn timbul apabila kite x bjmpa dgn org yg kite syg 2... nie mcm org zaman dulu2 lah kawin tp x pernah tgk calon nyee.. bila dah anggak nikah barulah kite jmp dagn nyee buat kali pertamanyee..
pelik kan ada lg jenis mn 2...tp aq sndiri pun mcm 2 jgk skarang x pernah btemu pun dgn calon 2 yg aq th just dgr suaranyee n rupa nyee pun just melalalu mms je... naqk kate jmp berdepan x jgk,... tp aq pun pelik mcm mn lah aq blh suka dkt die.. die jgk selalu lauhkan hati nye dkt aq...
kami kenal pun just di dalam salah satu buah laman sosial... "bak kate najwa latif lah cinta muka buku... n terus ke carta hati..."
adakah hati aq nie dah suka pada nyee.. tp aq trtanya2 adakah di akn terima aq seadanyee...aq mngaku yg aq mmg suka diri nye tp aq x th 2 sama ada cinta atau syg sebagai kwn shj... tp bial aq bgth die.. die tidak kesah berapa lame masa pun aq nak ambil utk syg pd nyeee asalkan aq just jujur pd nya shaja... 2 shj yg penting... tp skrng hati ku tbelah bagi krn aq takut nak bgth umi ku psl nie.. yelah aq nie msh blajar lg.. bak kate org tua2 baik tumpa pd stdy dulu lps habis stdy nak bcinta pun bercinta lah.. tp 2 bg org tua2 lah.. bg dieorg cinta 2 membawa kpd kehancuran bkn kebahagiaan apabila bercinta pd waktu stdy nie.. lain pun dgb sekarang cinta 2 blh mendorong seseorg utk bjaya jika ia menggunakan dgn baik sekali membahagikan masa dgn baik.. x terlalu fikirkan ttg percintaan..ada dpt jgk bf @ gf yg faham tentang seorg pelajar apabila berada di ipt @ ipts..
aq teringt dkt seorg mamat nie.. time bercinta bagai nak rak tp time putus mcm2 ia kate dkt awek nye wlaupun awk nye 2 lah mcm2 bantu diri nye.. x  kira dr segi duit lah, dr segi masa lah.. n mcm2 lagi lah.. tp yg aq pelik time awek nyee 2 melawan sikit je mcm2 kate kesat ia bg.. pelik2.. x mnghargai lngsung ape yg awk nyee dah buat dkt die...
adakah wjud cinta apabila kite x melihat wajah nyee sekarang???? persoalan nyee disitu...
adakah blh dikatekan cinta @ ia just kesian dkt si pemberi cinta 2...
entah dlm soal nie aq sendiri x th nak luahkan mcm mn.. adalah aq cinta die jgk.. atau aq just syg die sebagai kwn je..
tp aq msh lg t'ingtkan dkt org yg btl2 curi hati aq,... org 2 aq suka dr aq sek lg.. smpai lah sekrng aq suka pd nyee tp apakah daya jodoh aq dgn nyee x ke mana kami hanya blh bkwn shja... x lebih dr 2... mgkin die akn jmp yg lebih sempurna dr aq... lg pun aq th ramai yg x suka bila aq dgn die sbb x sepadan langsung... bak kate org bercinta.. cinta 2 buta.. tp buta kami hanya lah separuh jln shj... x th tiba2 blh celek.. nasib x cari cinta yg lain.. but hati dah jd pudar n tawar thadap nye...
sbb aq th dr msj2 nyee 2 lah harapan nyee pd aq.. agar aq x ggu die lagi.. so aq skrng buat ape yg die suruh..tp hati ku mmg sakit.. nak buat mcm mn aq nak die hppy.. sbb aq th bila tiada aq die akn hppy n xada lah die susah tnpa aq.. yg hanya mahukan diri nyee shj.. tp aq mmg mngku yg aq mmg sukakan diri nyee x ada yg lain.. tp mngkin die sudah temu cinta yg lain dr aq... sbb aq skrng mmg nak cuba jauhkan diri dr nyee.. biarlah cinta aq dgn die hanya hati aq shj yg th... aq akn bhgia bila tgk die bhgia dgn org yg die syg...biar hati aq sakit tp aq tetap tabahkan nye.. demi cinta aq pd nyeee aq terima segalanye krn 2 adalah suratan aq dgn die...

Isnin, 13 Februari 2012

~luahan pandangan tidak puas hati~

salam... hari nie xth lah knp bila bgun je dr tido aq nak taip nie...
persoaln yg bmain di fikiran aq... knp laki bila dah dpt suatu yg dah bhrga dr permpuan dieorg akn tinggal kan prmpuan 2.. pelik btl lah aq.. tp die x sedar yg selama nie prmpuan 2 lah dok bg die duit.. n bial kluar pun prmpuan 2 lah yg dok blanja die... yg die th nak mrh je bila x dot nak jmp atau x dpt duit dr prmpuan 2.. agak2 lah weh... ko ingt prmpuan 2 cop duit ke?? die pun nak jgk guna duit die sendiri.. ada ko fikir 2 semua.. aq rasa x ada kan?? yg ko th nak arhkan die 2 n nie je.. sian2 dkt prmpuan 2 ek... tpakse die ikat perut n tpakse tipu mak die pulak utk nak duit ada ko fikir 2... pelik2.. lps 2 bila prmpuan 2 x bg ape yg die nak mula lah kate mcm2 x ada mruah diri lah.. x syg lah... sj je cari alasan lah.. and lbih skitkan hati ayat nya 2 sungguh kurang ajar ingt dak prmpuan nin x ada hati n persaan ke nak kate mcm 2.. yg ko th nak makin hamun die je.. n kate die mcm2.. tp ko sdar x yg ko 2 lg teruk dari die tau....yg ko 2 lebih x ada maruh dr die... ko 2 lagi dayus dr die tau...  dah lah guna duit prmpuan...utk mkn n utk bali rokok.. entah ape punye laki lah ko ek... nak kate jarang ko guna duit ko x ada langsung.. topup pun ko suruh die topup kn.. ko nie.. btl2 mnuysahkn die tau...
aq benci btl dgn laki mcm 2... laki yg bgatung penuh dkt prmpuan..tp bila putus mcm2 lah kluar dr mulut laki 2 mngte mcm2 dkt prmpuan... wahai org wanita semua sedarlah n bgun lah jika anda ada kenal dgn laki jenis 2 hindarkan lah diri anda dr 2... sbb prmpuan yg baik utk laki yg baik..laki yg baik utk prmpuan yg baik...
dan pada laki sedar lah anda beruntung jg anda ada teman wanita mcm 2...yg snggup bg anda duit n tlg anda mcm2.. n die biarkan diri die mcm 2 je....


Ahad, 12 Februari 2012

~aku maafkan kamu~


salam... lagu yg mnarik minat aq utk dgr.... lagu yg penuh dgn kate2 sindiran yg tkena pd org yg b'cinta...aq suka dgr lagu nie... setiap org punya kmaafan tp susah utk kite lafazkan. dan klu kite maafkan pun tentu kite xnk b'jmp dgn org 2 knp ek?? hairan jgk aq.. tp mgkin dieorg ada sbb tertntu utk xnk b'jmp... sblm aq bermadah pnjang2 cuba korong tgk lirik nyee btl2 ek..

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi yang tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

2lah manusia bila dah dpt yg sempurna nak lg yg sempurna xthlah knp kan... ada yg kate dah lumrah kehidupan manusia x puas dgn satu yg ada di tgn nak yg lain...
tp aq mmg suka dgn lagu nie sbb ia penuh dgn mksud yg tersirat yg blh kite ambil pngjaran 




Jumaat, 10 Februari 2012

~7 PeRkARa GaNjiL~

Tujuh perkara ganjil. Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." " Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut. Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain," Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi. " Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya." " Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut. " Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi. " Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Khamis, 9 Februari 2012

berakhir sudah..

syukur alhamdullilah x lame lg b'akhir sudah utk sem nie... fnal exm yg paper sudah habis skrng yg tinggal hnya lah osscy shj...yg di adakan pd 14hb nie... xlame lg 2... dlm mggu final nie mcm2 yg belaku.. kami semua sudah kehilangan dady kami yg jg kami dr sem 1 lagi... xpelah mggu kami akn dpt dady baru..pd 5hb hari 2 kami semua buat jamuaan perpisahan dgn beliau.. di pandai... dlm wkt 2 lah aq b'kenalan dgn seorg jnr aq..yg kelakar nye dy ingt aq nak bunuh diri sbb aq main pantai seorg2.. tp y aq x puas hatilah mmbr2 aq semua x bg aqbkwn dgn dy sbb 1 muka nye 2 ganas sgt x senyum dkt org pun.. tp dgn aq dy senuym pulak 2 yg aq pelik 2... dunia nie mcm2 ada ragam manusia.. mcm2 aq dpt lihat sejak aq dah masuk 20thn ke atas nie aq dpt pelajari mcm2.. ada manusia yg hidup dgn penipuan shj.. ada jg yg hidup dgn bseronok... ada yg suka mainkan perasaan org.. mcm2 lah ada jgk 2 bila kenal je terus nak cple n pegang sana sini bila dah ada bayi dlm perut 2 mula lah nak cmpak sana sini... mula2 nak buat 2 x fikir pulak... mcm2 lah dunia bila sudah hmpir dgn akhir zaman nie... aq sendiri pun pelik.. knp lah dak2 skrng makin truk2 hairanjgk lah sedangkan sudah pelbagai teladan n contoh blh kite ikut n lihat.. tp x jgk di ikutnya mlh mkin di ejek adalah.. n kate 2 zamn dulu skrng dah zmn maju mn ada semua 2... tp makin zaman maju makin byk pulak benda2 yg x dpt diduga yg blaku...

Isnin, 30 Januari 2012

cepat masa berlalu

t'lalu cpt masa blalu.. x lame lg aq akn hadapi final exm pd sem nie... aq rasa mcm baru semlm shj aq blajar di sini rupa2 nye hampir 3 bln aq ada di sini...

dalm mase 2 mcm2 dugaan yg dtg... and ,mcm2 cabaran yg dtg...btl lah kate org2 dahulu hidup nie mcm roda kadang2 kite di atas kadang2 kite di bwh..

sejak disini aq rasa mcm ada kehidupan yg baru..aq mempuyai kwn2 yg baru.. suasana yg baru.. and cara hidup yg baru..bebanding aq di suatu tmpat dahulu... aq rasa kehidupan aq yg ini lebih sesuai dgn diri ku nie yg serba kekurang.. aq dtg sini utk tunaikan amanah family ku and azam ku utk b'jaya dlm hidup ku.. nie lah cita2 aq dr dulu lg

Ahad, 29 Januari 2012

pembukaan 20!2

buat pertama kali nyee aq tulis blog pd thn 20!2 nie.... awal thn lg aq di duga dgn pelbgai dugaan yg dtg dlm hidup aq.. thn nie umur ku makin meningkat n thn nie jg umur ku sudah masuki umur 22thn.. x sngka bgitu cepat masa berlalu.. n b'gai duga yg aq tempuh utk sampai di umur ku bgini...
syukur stdy ku tiada mslh.. tp mslh yg lain dtg dlm hidup ku... 2 lah org kate hidup nie bgaikn roda.. tu semua nyee btl.. kdng2 aq di bwh n kdng2 aq di atas... ape yg pnting aq perlu truskan hidup aq...krn aq msih ada y aq syg..n org y selalu bg smgat utk ku...tp hanya dlm sekelip mate shj org 2 blh hilang bgitu shj... dgn hanya sekadar satu tulisan shj musnah sglanya...ape yg aq hrp skrng agar die mgti bhw aq prlukn die dlm hidup ku...
aq mohon pd Mu tuhan kuatkan hati ku yg sudah rapuh nie... kuatkan diri ini agar tidak hanyut di arus dunia yg boleh merosakn masa dpn ku...dan mrosakn akhlk ku..y mudah dirancuni olh plbgai lakonan dunia...diri ku sudah x sekuat dulu... hilang sparuh jiwa ku utk hadapi semua nie... krn dirinyee tlh mbwanyee pergi tinggalkan ku.... dimn harus ku cari ???? keman hilangnyee semua nie??